Thursday, May 18, 2017

5 Tips Menjadi Suri Rumah Cemerlang, Gemilang & Terbilang




Eh, jangan ingat wanita yang bekerja je kena cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat kerja. Suri rumah pun wajib bercita-cita untuk cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menguruskan rumahtangga. 

Suka ke rumahtangga kita habis tunggang-langgang macam baru lepas kena puting beliung? Mesti tak suka kan?

Kalau nak rebut title suri rumah cemerlang, gemilang dan terbilang anda boleh cuba tip ini :

1. KERJASAMA

Apaaaa yang penting??? Kerjaaasama! Ye, kerjasama dan kesefahaman antara suami isteri sangat penting. Banyakkan berbincang dan bercerita bagi mengelakkan communication breakdown yang boleh mengganggu keharmonian rumah tangga. 

2. ILMU

“Barang siapa yang menginginkan dunia maka hendaklah berilmu. Barang siapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Barang siapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ilmu.”

Suri rumah cemerlang, gemilang dan terbilang kena persiapkan diri dengan ilmu terutamanya ilmu agama dan ilmu pengurusan rumah tangga. Kan best kalau ibu-ibu adalah orang pertama yang ajarkan anak mengenal Al-Quran? 

3. IMPIAN

Setiap orang berhak untuk berimpian. Jadi, jangan takut untuk berimpian. Bincang, tulis dan tampal impian rumah tangga anda bersama pasangan. Dari impian itu anda boleh brsama-sama pasangan merancang perlaksanaannya. Makin besar impian anda, makin hebat desakan untuk anda terpaksa menjadi suri rumah cemerlang, gemilang dan terbilang. 

4. KEWANGAN

Kewangan keluarga antara perkara utama yang perlu diambil perhatian. Buat bajet bulanan dan rekod setiap keluar masuk duit. Belajar untuk membezakan antara kehendak dan keperluan dalam perbelanjaan. 

5. MENJAGA AMALAN FARDHU

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"

Suri rumah cemerlang, gemilang dan terbilang kena jaga amalan harian sebaiknya terutamanya amalan fardhu. Ini kerana amalan-amalan inilah yang akan memberikan kekuatan dalaman ketika sesuatu ujian datang. 

“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke surga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (HR. Ahmad; shahih)


Share jika bermanfaat. 

2 comments:

NAK JADI AHLI & BELI DENGAN HARGA DISKAUN?

Followers

Kenali Saya

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum & Hi, I am Noratikah Shamsuddin || A Working At Home Mama (WAHM) || 25 yo (2016) || Mom for our first baby boy Muhammad Al-Fateh || A wife to a great husband Mohd Syarmizi Zolkiflee || Ex-HSE Engineer

Rakan SHAKLEE Anda

Saya Pengedar Sah Shaklee
(Shaklee Independent Distributor)
Shaklee ID : 1209429
Penghantaran ke seluruh Malaysia

Hubungi Pn Atikah di:-
019-5464196 (sms/ whatsapp)
noratikah.utp@gmail.com

Popular Posts

Powered by Blogger.

Facebook

Videos

Technology

Sports

Fashion

Nature

Business

Header Ads

Custom Widget

Main Slider

Recent in Sports

Photography

Music

Popular Posts