Saturday, May 20, 2017

5 Cara Suri Rumah Jana Pendapatan dengan Menulis



Tidak dinafikan sekarang kita hidup pada zaman penuh cabaran. Ditambah dengan desakan ekonomi yang kian terasa. Kesannya, ada yang positif dan ada yang negatif. Positifnya, semakin ramai yang sudah mula berjimat cermat dalam berbelanja, sudah pandai membuat simpanan dan sudah peka dalam menilai antara kehendak dan keperluan. Walau bagaimanapun, perlu juga usaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Sebenarnya jauh di sudut hati seorang suri rumah ada keinginan untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Cuma, mereka masih samar-samar akan jalan dan caranya. 


Jadi, saya kongsikan beberapa cara bagaimana suri rumah boleh menjana pendapatan hanya dengan menulis :


1. Menulis karya kreatif


Sebenarnya bakat ibu-ibu bukan calang-calang. Buktinya, berapa banyak hasil penulisan mereka viral di media sosial. Jadi, ibu-ibu yang ada bakat terpendam dalam penghasilan karya kreatif seperti penulisan skrip drama, novel dan sewaktu dengannya boleh menawarkan perkhidmatan menulis dan bakat anda ini kepada mereka yang ingin menulis tetapi tidak pandai menyusun ayat. 


2. Menulis artikel 

Sebenarnya ibu-ibu ada peluang besar yang belum diterokai. Contohnya, anda boleh menghantar artikel kepada surat khabar dan majalah. Untung-untung penulisan anda dipilih untuk disiarkan. Ini boleh dijadikan lubuk buat duit bagi menambah pendapatan keluarga. 


3. Menulis di Facebook


Main facebook pun boleh dapat duit? Ya, tetapi syaratnya main dengan ilmu. Jika anda pandai dalam teknik storytelling (penceritaan), anda boleh jadikan facebook sebagai kedai online anda. Sambil main facebook sambil duit masuk. Untung ke best?


4. Menulis E-book


Sebenarnya penjualan ebook mempunyai potensi yang sangat besar. Buktinya, statistik jualan ebook di Amerika Syarikat pada tahun 2011 adalah sebanyak USD 910 Juta manakala pada tahun 2016, jualan ebook mencecah anggaran USD 9.7 Billion. Gelombang ini telah sampai ke Malaysia mengakibatkan penerbit buku terpaksa menukar buku bercetak mereka kepada versi ebook!


5. Menulis blog


Tahukah anda sebenarnya sangat ramai yang menjana pendapat melalui penulisan blog dan sangat banyak cara buat duit dengan blog. Salah satunya adalah dengan menulis advertorial. Perkataan advertorial adalah gabungan perkataan advert (iklan) + editorial (penulisan). Bahasa mudahnya anda menulis iklan tapi tak nampak seperti iklan. Anda mungkin seorang distributor sesuatu produk. Dalam blog, anda bukan semata-mata menjual tetapi memberikan maklumat-maklumat informatif untuk dibaca. 


Penulisan tidak memerlukan bakat tetapi latihan. Dengan berlatih menulis, anda boleh menjadi seorang penulis yang hebat! 

Jadi ibu-ibu, sila ambil pen anda dan mula menulis sekarang!



Atikah,
A Working at Home Mom

2 comments:

Belanja online yang menguntungkan. Bagaimana caranya?

Followers

Kenali Saya

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum & Hi, I am Noratikah Shamsuddin || A Working At Home Mama (WAHM) || 25 yo (2016) || Mom for our first baby boy Muhammad Al-Fateh || A wife to a great husband Mohd Syarmizi Zolkiflee || Ex-HSE Engineer

Rakan AMWAY anda !

Hubungi Pn Atikah di:-
019-5464196 (sms/ whatsapp)
noratikah.utp@gmail.com

Popular Posts

Powered by Blogger.

Facebook

Videos

Technology

Sports

Fashion

Nature

Business

Header Ads

Custom Widget

Main Slider

Recent in Sports

Photography

Music

Popular Posts