Tuesday, December 20, 2016

TIP PASANGAN LDR (LONG DISTANCE RELATIONSHIPS)




Assalamualaikum.

Hari ni rasa tergerak hati pulak nak tulis entry berkaitan Long Distance Relationships (LDR) ataupun Percintaan Jarak Jauh (PJJ). Mungkin Ciktah bukanlah orang selayaknya untuk menulis tentang LDR ni tapi dalam hati ni terasa sangat ingin berkongsi dan menyelami perasaan mereka. 

Ciktah pun sebenarnya pernah rasa kehidupan LDR ni. Walaupun tak lama, hanya 8 bulan tapi rasanya sudah cukup utk Ciktah memahami perasaan mereka yg sedang diuji dengan LDR. 

Allah tidak akan menguji hambaNya dengan perkara yg kita tidak mampu. Itu yg Ciktah pegang.

Ciktah faham macam mana perasaannya bila berjauhan dengan the other half. Tersiksa. Itulah hebatnya Allah, Dia tanamkan perasaan sayang & cinta kepada pasangan once dah sah bergelar suami isteri walaupun sebelum tu tak pernah kenal & bercinta pun. (Yes! I do believed - love after marriage). Sebelum kahwin tu rasa macam tak kesah pun kalau tak dapat tinggal sebumbung means kerja jauh-jauh (mungkin lain negeri) tapi lain rupanya perasaan bila dah kawin. Haha 😅

Bila berjauhan ni memang ada masa up & down. Ada masa kita rasa kita kuat. So, I can faced this 💪 tapi ada masa kita akan rasa lemah. Bila rasa lemah, memang time ni la syaiton akan masuk jarum. Haha.. so, banyak-banyakkan la istighfar. 

So, Ciktah faham sangat kenapa kadangan-kadang kita ter-post benda yg tak sepatutnya diruangan sosial seperti fb, ig because sometimes we're too stress and kita perlukan tempat nak lepaskan. Dan biasanya fb / ig lah tempat yg rasa paling best nak luah. Hehe.. jangan tipu. I know la..kan Ciktah pun pernah LDR.. haha. Tapi, kita kena control juga. Jangan terlalu over. Kita cuba la utk fikir 10x dulu sebelum post. Okay? Ciktah tahu, kadang-kadang tu bukan senang akal nak kawal emosi ni. Lagi-lagi kita ni perempuan. Iye dok? 😂 tapi, try your best ok 😉 so kepada mereka yg TAK pernah LDR cuba la faham kami ye kalau tetiba ter-post gambar sweet muweet kt fb tu. Sorry 😛

Ada beberapa tips yang Ciktah nak kongsikan kepada mereka yg masih ber-LDR berdasarkan pengalaman :

1. TRUST - Saling mempercayai antara satu sama lain adalah kunci kebahagian pasangan suami isteri walaupun berjauhan. Jangan berburuk sangka dengan pasangan. Fikirkan yg baik-baik je, in sha Allah yg baik-baiklah akan datang 😊

2. SALING MEMAHAMI - Cuba dan belajar utk memahami your partner. Faham kan nature of work dia. Kalau kerja dia jenis yg selalu kena travel, cuba utk kawal emosi utk tidak selalu mengeluh. Sekali-sekala ok la..hehe. pasangan yg selalu travel pun kena la pandai ambil hati pasangan. Contohnya belikan souvenir setiap kali balik dari outstation. 

3. TOPUP - Ciktah faham sangat, pasangan LDR ni biasanya banyak nak guna duit. Duit banyak habis time travel. Lagi-lagi kalau kedua-dua pasangan takde rumah family. So, setiap kali nak jumpa kena sewa hotel / rest house etc.. dah tu, bila sekali sekala jumpa, mesti la nk makan sedap-sedap kan? Nak pergi dating lg, paling kurang pun pergi tengok wayang. Haa, dah berapa banyak duit habis? Travel (minyak,tol), tempat penginapan, lunch-dinner-breakfast, entertainment dan other hidden cost..hihi. So, kedua-dua pasangan kena la saling topup each other. Jangan harap suami je nak keluarkan duit ataupun jangan harap isteri je mentang-mentang isteri gaji mahal contohnya. Yang isteri kalau ada duit lebih, selit la senyap-senyap duit dalam wallet suami. Kadang-kadang suami ni walaupun takde duit deorang taknak bgtahu kita sebab kalau boleh taknak isteri risau. So, isteri kena la pandai-pandai ye. Kita kan nak jadi isteri bijak bestari 😉

4. COMMUNICATION - haaa..ni sangat penting. Cuba la elakkan communication breakdown. Kalau ada masalah cuba berbincang sesama, jangan senyap je. Kita jangan expect orang lain boleh baca apa yang kita rasa kalau kita tak beritahu. Even, pasangan yg tinggal sebumbung pun kalau ada communication breakdown boleh mengganggu keharmonian rumahtangga, inikan pula yg tak tinggal sebumbung.

5. DOA - Yes! Doa adalah senjata. Doa supaya kita kuat nak hadapi ujian LDR, doa supaya Allah mudahkan utk tinggal sebumbung dengan pasangan, senang cerita doa la apa yg kita nak. 😀

Itu sahaja sedikit perkongsian dari Ciktah. Semoga bermanfaat. 😘


CIKTAH.
Menulis ketika Al-Fateh sedang tidur 😊






1 comment:

  1. Salute dengan orang yang LDR lagi-lagi dengan yang dah ada anak kan. Si ibu menguruskan seorang diri.Andaa emang orang yang kuat dan terpilih. Bertabahlah, inshaAllah Allah akan beri kemudahan di kemudian hari. :)

    ReplyDelete

Belanja online yang menguntungkan. Bagaimana caranya?

Followers

Kenali Saya

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum & Hi, I am Noratikah Shamsuddin || A Working At Home Mama (WAHM) || 25 yo (2016) || Mom for our first baby boy Muhammad Al-Fateh || A wife to a great husband Mohd Syarmizi Zolkiflee || Ex-HSE Engineer

Rakan AMWAY anda !

Hubungi Pn Atikah di:-
019-5464196 (sms/ whatsapp)
noratikah.utp@gmail.com

Popular Posts

Powered by Blogger.

Facebook

Videos

Technology

Sports

Fashion

Nature

Business

Header Ads

Custom Widget

Main Slider

Recent in Sports

Photography

Music

Popular Posts