Wednesday, November 9, 2016

BENTAN Selepas Bersalin antara MITOS & REALITI


Assalamualaikum.

Amalan berpantang adalah tradisi lazim masyarakat Timur. Biasanya amalan berpantang dilakukan selama 40-60 hari bergantung kpd kesihatan ibu dan juga tradisi yg diamalkan. 

Penting ke berpantang ni? 😎

YES! Jawapannya SANGAT PENTING!

Di Barat, tiada istilah berpantang. Dan menurut anthropologist G. Stern and L. Kruckman, ini mungkin salah satu sebab mengapa 14% ibu yang melahirkan anak di Barat mengalami apa yang dipanggil post-partum depression ataupun sindrom tekanan (gila meroyan) selepas bersalin. Menurut mereka, keadaan ini jarang berlaku di Timur apabila si ibu mengamalkan pantang.

Bagi ibu-ibu yg tidak berpantang / mengambil remeh amalan berpantang, anda berisiko utk BENTAN SELEPAS BERSALIN.

Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

=========================================

Tanda dan sebab bentan:

Antara punca bentan adalah ibu mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan akan terasa seram sejuk dan seperti hendak pitam. Keadaan ini berlaku kerana dalaman badan ibu kasih belum kuat dan sembuh sepenuhnya.

Once dh mengalami bentan, agak sukar utk ibu sihat dengan segera. Mungkin mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan atau pun bertahun-tahun. 

Jenis bentan:

1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

4. Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

5. Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

6. Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

===========================================



So, Ibu-ibu silalah jaga kesihatan kerana anda kerana anda adalah tulang belakang kpd suami utk menguruskan keluarga ☺



UMMU FATEH  (ATIKAH)
0195464196

0 comments:

Post a Comment

Belanja online yang menguntungkan. Bagaimana caranya?

Followers

Kenali Saya

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum & Hi, I am Noratikah Shamsuddin || A Working At Home Mama (WAHM) || 25 yo (2016) || Mom for our first baby boy Muhammad Al-Fateh || A wife to a great husband Mohd Syarmizi Zolkiflee || Ex-HSE Engineer

Rakan AMWAY anda !

Hubungi Pn Atikah di:-
019-5464196 (sms/ whatsapp)
noratikah.utp@gmail.com

Popular Posts

Powered by Blogger.

Facebook

Videos

Technology

Sports

Fashion

Nature

Business

Header Ads

Custom Widget

Main Slider

Recent in Sports

Photography

Music

Popular Posts