Saturday, November 5, 2016

Bahaya HB Rendah Ketika Hamil



Assalamualaikum.

Kekurangan hemoglobin (low HB) semasa mengandung amatlah bahaya. So, ibu-ibu jangan pandang remeh kalau mengalami low HB kerana ia akan memberi kesan buruk kpd ibu dan juga bayi kesayangan anda. Jom baca punca & kesan bg ibu yg mempunyai LOW HB. Cegah sebelum terlambat!

PUNCA HB RENDAH

  • 1. Peningkatan dalam isipadu darah
  • 2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • 3. Penurunan kadar HB normal
  • 4. Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • 5. Kekurangan asid folat
  • 6. Pendarahan gastrointestinal
  • 7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir


RISIKO HB RENDAH











Kesan kepada ibu:-
  • 1. Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • 2. Mengalami keguguran
  • 3. Mengalami kegagalan jantung 
  • 4. Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • 5. Risiko alami penyakit berjangkit 














Kesan kepada bayi dalam kandungan:-
  • 1. Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • 2. Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan 
  • 3. Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
  • 4. Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • 5. Mati ketika dilahirkan atau stillbirth 


KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL


Kandungan Kurang Dari Lima Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas 

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti :
  • 🍁Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  • 🍁Daging ayam: bahagian dada
  • 🍁Kerang: 20 biji
  • 🍁Ikan bilis

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.



UMMU FATEH  (ATIKAH)

0195464196

0 comments:

Post a Comment

Belanja online yang menguntungkan. Bagaimana caranya?

Followers

Kenali Saya

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum & Hi, I am Noratikah Shamsuddin || A Working At Home Mama (WAHM) || 25 yo (2016) || Mom for our first baby boy Muhammad Al-Fateh || A wife to a great husband Mohd Syarmizi Zolkiflee || Ex-HSE Engineer

Rakan AMWAY anda !

Hubungi Pn Atikah di:-
019-5464196 (sms/ whatsapp)
noratikah.utp@gmail.com

Popular Posts

Powered by Blogger.

Facebook

Videos

Technology

Sports

Fashion

Nature

Business

Header Ads

Custom Widget

Main Slider

Recent in Sports

Photography

Music

Popular Posts