Monday, October 17, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama


Assalamualaikum.

Hari ni hakak terasa nak berkongsi pengalaman semasa hakak bersalin anak pertama, Muhammad Al-Fateh bin Mohd Syarmizi pada 3 Oct 2016 bersamaan 2 Muharram 1438H. Hakak harap dengan perkongsian ini, dapat memberi keyakinan dan sedikit panduan kepada ibu-ibu mengandung untuk bersalin secara normal, tenang dan selamat. In sha Allah. 😊

PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN :

1. Persediaan ILMU

Sebagai persedian awal, hakak selalu mengikuti perbincangan antara ibu-ibu yg berpengalaman dalam whatsapp group. Hakak akan tanya setiap perkara yg terlintas di fikiran hakak walaupun soalan tu agak kelakar. Haha. Almaklum la kan, bakal ibu yg xde pengalaman langsung. Hehe.

Hakak juga membuat sedikit bacaan berkaitan natural and gentle birth method. Ianya adalah teknik utk bersalin dengan tenang, mudah dan selamat. Boleh google ye utk tahu dengan lebih lanjut berkaitan natural and gntle birth method.

Di samping itu, hakak ada juga study berkaitan perkara Do's and Don'ts semasa hamil, ketika berada di labour room etc. Selain itu, hakak juga belajar teknik pernafasan. Teknik pernafasan ni akan di apply semasa contraction datang & semasa nak meneran. So, dapatla kurangkan sikit sakit contraction tu. Walaupun hakikatnya memang sakit pun 😣😣😣

2. Persediaan FIZIKAL

Sebagai persediaan fizikal, hakak banyakkan berjalan pada minggu2 akhir sebelum due. Pernah sehari tu hakak pergi makan kenduri sampai 2 buah rumah, malamnya pulak hakak pergi majlis pelancaran business kawan mak mertua. Haha. Letih tu memang letih la. Tapi demi nak mudah bersalin, hakak redho jeee 😆 Selain itu, hakak akan senaman squats pagi2 lepas mandi. Buat la dalam minimum 20x sehari. (Hari-hari suami hakak akan pastikan hakak buat..kira mcm paksa rela la hakak ni 😐)

KRONOLOGI SAAT-SAAT KELAHIRAN

39 weeks 6 days
Hospital Taiping

2 October 2016

12.00 noon
Baru balik dari Kulim (rumah mertua) dan terus ke kenduri di Bukit Merah, Perak. Balik dari kenduri, terus solat zohor dan tidur.

3.20 pm
Terjaga dari tidur dan terasa macam kencing. Basah lencun kain batik. Rupanya air ketuban dah pecah. Terus kejutkan suami dan bagitahu mak air ketuban dah pecah. Masa ini memang tak rasa sakit apa2 pun lagi. Masih relax, kemas barang sikit2, bersiap nk ke hospital.

4.15 pm
Sampai di Hospital Taiping, terus register. Kemudian HO check bukaan baru 1 cm. So, kena tunggu MO datang utk buat pengesahan dan keputusan sama ada kena masuk ward ke tak.

6.30 pm
MO datang, check jantung baby dan air ketuban. Alhamdulillah semuanya masih ok 👍 So, MO decide utk hakak masuk ward utk pemantauan. After dh setel semua, hakak cepat2 ambil wuduk utk solat. Nasib baik la hakak sempat solat asar. Huhu. (Note : walaupun air ketuban dh pecah, kita masih wajib utk solat ye)

7.30 pm
Doctor panggil utk scan sekali lg. Pasang ctg, check jantung baby, check air ketuban, alhamdulillah masih ok 👍 Waktu ni doctor sempat bagi penerangan risiko kalau air ketuban dh pecah. Antaranya baby boleh lemas dan juga berlakunya infection. Doctor bagi masa 48 jam, kalau tiada progress bukaan, Doctor terpaksa induce utk mengelakkan berlakunya perkara yg tak diingini. Hakak tahu klu induce mmg sakit ya amat. Huhu. Sebab kita dipaksa bersalin, bukan bersalin secara alami. So, time tu hakak mmg hakak doa banyak2 supaya Allah permudahkan urusan bersalin, lg specific hakak doa supaya bukaan tu cepat2 la ada progress sebab hakak takmau kena induce.

9.00 pm
Hakak dh start rasa sakit contraction tu. Tapi masih terkawal. Lepas solat isyak, baca quran, hakak layan tv jap. Baby nak tengok Dai'e. Hehe..masa ni hakak dh try praktis teknik pernafasan.

12.00 am
Okay, time ni mmg dh rasa sakit contraction ya amat. Cuba jugak apply teknik pernafasan walaupun agak ke laut. Huhu. Time ni mengantok sangat tapi hakak tak boleh nak tidur. Elok nak terlelap je, contraction datang. Hakak mmg agak stress la time ni sebab mengantok tapi tak boleh tidur 😵😵 time ni hakak makan mentega + telur mentah sebagai ikhtiar utk mudah bersalin. Ni mak hakak yg kasik. Hakak pun telan la. Sedap? Perghh confirm laa tak sedaap. Nak muntah hakak dibuatnya. Haha.

2.30 am
Panggil nurse sebab tak tahan dah. Memang rasa nk meneran. Pastu nurse check bukaam dh 4cm. So, nurse dh standby utk tolak ke labour room. Before ke labour room hakak sempat call suami bg tahu dia dan minta dia doakan hakak. Hakak sempat la capai sebiji kurma, tapi boleh makan separuh je sebab dah tak lalu nak makan.

Nurse check bukaan dah 9-10cm, nurse suruh teran. Datang ja contraction, terus teran sekuat hati, jgn keluar suara. Alhamdulillah tepat jam 4.24am baby Muhammad Al-Fateh pun lahir dan terus skin to skin. Al-Fateh sempat menyusu sekejap sebelum dia tertidur. Lepas tertidur, nurse pun ambil utk bersihkan Al-Fateh


Itu sahaja yg hakak nk share dengan semua. Sesungguhnya sakit bersalin tu mmg sakit 😵 time sakit contraction tu mmg rasa menyesalnya mengandung, rasa tobat takmau dh mengandung. TAPI, ajaibnya lepas je bersalin, tak ingat dah rasa sakit bersalin tu. Hebatnya Allah, Dia ciptakan perasaan LUPA. Kalau la ibu2 sentiasa terngiang-ngiang sakit bersalin tu, mesti takde dh yg nk bersalin lg lepas ni. (Ni teori hakak je ye. Tapi seem legit kan? Hehe)

Wassalam

Sincerely,
ShakleeLover 
SID anda 
UMMU FATEH (ATIKAH)
0195464196


0 comments:

Post a Comment

Belanja online yang menguntungkan. Bagaimana caranya?

Followers

Kenali Saya

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum & Hi, I am Noratikah Shamsuddin || A Working At Home Mama (WAHM) || 25 yo (2016) || Mom for our first baby boy Muhammad Al-Fateh || A wife to a great husband Mohd Syarmizi Zolkiflee || Ex-HSE Engineer

Rakan AMWAY anda !

Hubungi Pn Atikah di:-
019-5464196 (sms/ whatsapp)
noratikah.utp@gmail.com

Popular Posts

Powered by Blogger.

Facebook

Videos

Technology

Sports

Fashion

Nature

Business

Header Ads

Custom Widget

Main Slider

Recent in Sports

Photography

Music

Popular Posts